Monday, 14 November 2016

 Pendekar Tangan Maut, oleh Saari a.m

Komik klasik seterusnya ialah komik yg juga bergenre pertarungan. Kali ini ia pertarungan yg lebih kepada gaya asia. Kependekaran alam Melayu..tapi sedikit dipengaruhi oleh senibeladiri Ninja.
lukisan covernya, maaf cakap mmg tak menarik pada saya....dapat dibeli dari kawan. asalnya kali pertama lihat nak dijual semula, tapi bila komik sudah ditangan...wahhh bak kata orang Inggeris.." dont judge the book, by it cover"...ia ternyata pepatah yang benar.
komik ini lukisan isinya dan plot ceritanya memang mantap...kita bagi gred triple A...namun begitu seperti yg dijelaskan di atas covernya mmg tak lawa...lukisan cover kurang hidup. ini disebabkan gaya penghasilan komik terbitan Media seni...pelukis cover dan pelukis isi dan plot cerita seringkali adalah orang yg berlainan...errrr, mengapa ya?..mungkin otai otai komik tahu sebab dan strateginya..

Terbitan : MediaSeni
Hasil karya: Saari
lukisan cover:  Rosli Hamid

Jati Tunggal dan siri sirinya...oleh Marzuki

Komik klasik yg mempunyai banyak siri.Berbekalkan watak heronya yg bernama Jati Tunggal. Komik ala ala komik Conan the Barbarian. Secara peribadi saya tidak beberapa minat komik Jati Tunggal ni...namun begitu hasil dapatan saya di facebook ada yang meminatinya atas alasan ia komik yg penuh aksi pertarungan. Namun begitu secara peribadi mengapa saya kurang berminat ialah kerana ia merupakan komik saduran, iaitu ia sangat mirip dicedok ideanya daripada kisah Pahlawan Barbar iaitu Conan, walaupun filem Conan sangat saya sukai menontonnya semasa zaman bersekolah suatu masa dahulu.
Ok jom review cover komik Jati Tunggal yg ada dalam simpanan saya. Asalnya ada 3 naskah, tapi satu telahpun dijual...ha3x nasib saya tidak menjual kesemuanya. walaupun tak minat sangat, tapi dek kerana value nya ada...maka ia disimpan. Nak beli dari saya?...mahal, sanggupkah?
Terbitan : MediaSeni
Hasil Karya : Marzuki
lukisan cover : Rosli Hamid



Sunday, 13 November 2016

Riwayat Hidup Hantu Kampung - Kes Hantu Terror , oleh Pot Jr

orait...malam ni nak belanja komik klasik hasil karya pelukis lagend dan antara feveret teman ialah Pot Jr. , ada juga deme gelorkan Pot Seram. Ini disebabkan beliau suka menghasilkan karya bengenre seram gilaaaaa atau seram kelakor....errrr komedi laaa. jom review salah satu naskahnya yg hebat, asyik komik genre serius aja...moh kita review cover komik komedi seram pula...manyak syioookkk wooOO..
..dah lusuh komik ni. dan dah disimpan berpuluh tahun. lusuh sebab gemor (suka ) sangat membacanya sebab kelakor campur seram sejuk...kih3x
penerbit - Mediaseni
tahun terbitan - 1982
karya : Mr Pot Jr
gred : AA


Friday, 11 November 2016

Fuh...dah lama benar tak update blog komik ni. Macam macm telah berlaku
Bertahun rasanya...di Fb kebanjiran kolektor kolektor komik bertebaran.
Namun yang paling berharga ialah komik klasik era 70an dan 80an
Harganya tak menentu,,, yg pasti ia semakin mahal...walau dahulu harganya cuma 60sen dan 70sen senaskah. Kini harganya RM50 hingga RM85 senaskah.
Koleksi teman dari jumlah lebih kurang 120 naskah...kini hanya tinggal 40 naskah sahaja. Ada yg telah teman jual atas sebab tertentu. Macam pisang goreng panas...berdesup para kolektor sambar menyambar. 40 naskah yg terakhir adalah naskah komik yg terbaik..atau orang inggeris cakap...the best of the best...kebaBOOM..kih3x,
Bagaimana penilaian kebaBOOM itu?,...yessszzza, penilaian yg teman memandai sendiri letakkan, iaitu:
1. Cover komik..mesti yg cun punya laaa..lukisan siapa yg mantap?...meh teman kabor
A. Khuzae
B. Mansoor ibrahim
C. Saari a.m
D. Pot Jr 
E. Rosli Hamid
F. Ghaffar Bahari@Adifarwan
G. Nik Hashim nmy
H. Marzuki
I. Husin saad
......dan ramai lagi laaa..tu yg diatas yg top 10 la tu..kih3x

2. Lukisan isinya.

3. Plot cerita yg menarik
....sama ada genre pertarungan, seram, komedi, kemasyarakatan..atau yg merapu pun ada...
Yang pasti....genre seram dan pertarungan jadi pilihan teman...yg lain layan lah juga. Tak suka kita jual...teman dpt duit, kome pun merasa membaca dan memiliki komik lama yg super rare ni....dah tahap lagenda tau tak!...jgn tak tahu...kih3x.

Ok stop. Esok esok teman up load koleksi teman yg super duper rare tu...tak jual...belanja mate kome aja ler..., nak beli j

Thursday, 28 November 2013

Majalah " BAMBINO" Era 80an

Baiklah hari ini..kita akan melihat entry baru pula daripada koleksi majalah atau komik yang menjadi hakmilik saya. Ada rakan memberitahu..katanya ' selepas zaman majalah BUJAL lesap, maka timbul lah pula Majalah BAMBINO yang membawa tema yang sama iaitu berhibur sambil belajar...Ahhhh, sebenarnya ada satu lagi majalah yang berbentuk pendidikan selepas itu..haaa, Majalah "Kuntum". Namun era majalah kuntum sudah tidak lagi menarik perhatian saya, maklum sahajalah..kewujudannya timbul setelah BAMBINO pula lesap dari pasaran dan saya juga menginjak usia..maka pada pandangan peribadi saya majalah KUNTUM sudah tidak lagi relevan dengan usia dan citarasa saya.(...biasalah..saya suka yang klasik dan "old skool") sebab lagi lama..ertinya lagi UUUUUmmmmmphhhh..terbaik!
          Berikut dibawah adalah antara beberapa naskah majalah BAMBINO yang dapat diselamatkan dari kepupusan. Jom Layan muka depan majalah BAMBINO.

Majalah BAMBINO- majalah kanak kanak nasional
Penerbit:Creative Ent.Sdn Bhd
Tahun Terbitan:Jilid 4, bil 52, Januari 1988
Kondisi majalah: baguihhhh..
Harga masa tu..ha3x: $1.50 (masa ni tak der simbol RM lagi ...k)


















Majalah BAMBINO- majalah kanak kanak nasional
Penerbit:Creative Ent.Sdn Bhd
Tahun Terbitan:Jilid 4, bil 53, Februari 1988
Kondisi majalah: baguihhhh..
Harga masa tu: $1.60 ( aisehh..naik sekupang dari terbitan di atas dlm tahun yg sama)














Majalah BAMBINO- majalah kanak kanak nasional
Penerbit:Creative Ent.Sdn Bhd
Tahun Terbitan:Jilid 4, bil 51, Disember 1987
Kondisi majalah: cantik lagi.
Harga masa tu: $1.50













aisehhh..silap set, gambor senget..biar larrr.."arts"
Majalah BAMBINO- majalah kanak kanak nasional
Penerbit:Creative Ent.Sdn Bhd
Tahun Terbitan:Jilid 4, bil 45, Jun 1987- ediasi hari raya
Kondisi majalah: cantik lagi.
Harga masa tu: $1.50

BUJAL- Berhibur sambil belajar

Lagi..lagi.."BUJAL"...berhibur sambil belajar

bil: 142, April, 1987
kondisi: baik





















2 komik bujal paling lama yang saya ada- versi awal 80an

Tajuk: Bujal dalam episod 'berdikari'
Bilangan: 78, Disember 1981- rare item
kondisi: lusuh tetapi lengkap dan terpelihara
pen'gred'an- ..rare item collector's
Tajuk: Bujal dalam episod "budi"
kondisi: lusuh tetapi lengkap dan terpelihara
Bilangan: 90, Disember 1982- rare item

KOMIK 'BUJAL' LAGI...YANG MASIH SELAMAT DALAM SIMPANAN SAYA..

Tajuk: BUJAL- berhibur sambil belajar
Terbitan: RAZ Studio Bangunan pantai baru K.L
Harga: $1.00
Bil: 121, Julai 1985


















Tajuk: BUJAL- berhibur sambil belajar
Terbitan: RAZ Studio Bangunan pantai baru K.L
Harga: $1.00
Bil: 138, Disember ,1986