Thursday 13 December 2012

Komik "BUJAL"

Salam sejahtera,
Terpanggil saya untuk membuat blog seperti rakan taulan yang lain, khususnya dalam membicarakan persoalan tentang kisah komik komik lama yang pernah mewarnai generasi Malaysia di sekitar tahun 80an yang ada dalam simpanan saya
Maklum sahajalah, saya membesar sebagai kanak kanak (sekolah rendah) di era 80an dan me'Remaja' disekitar 90an. Ada kenangan manis dan ada juga kenangan pahit. Namun kata orang terdahulu, pahit akan jadi manis juga akhirnya...bergantung siapakah kita pada hari ini. Alhamdulillah, kini saya seorang guru sekolah yang bergraduat dari Universiti tempatan. Tuan tuan perlu ingat bukan mudah mencari pekerjaan yang baik baik pada zaman sekarang, lain lah sekiranya seseorang itu anak orang kaya atau berpengaruh atau menyambung legasi perniagaan orang tua..yea itu rezeki dia.
        Baiklah, berbalik kepada tujuan asal penciptaan blog saya ini adalah untuk berkongsi koleksi komik komik dan majalah majalah lama yang ada dalam simpanan saya. Maka sebagai mukaddimah, ingat kah lagi majalah atau komik berunsur didikan iaitu Bujal?..yea BUJAL..komik yang menarik, setelah itu baru wujudnya Bambino dan Kuntum. BUJAL merupakan abang komik berunsur didikan yang mula mula saya kenal. Lihat edisi BUJAL berikut: majalah Bujal pertama yang saya miliki, dibeli oleh ayah semasa masih belum boleh membaca, namun masih terselemat hingga kini.

 Majalah/komik ilmiah: BUJAL -berhibur sambil belajar.
Edisi terbitan : Bil.78, Disember 1981
Harga: RM 1
kondisi: -semua muka surat masih wujud dan cetakan jelas.
            -kulit depan dan belakang, agak lusuh