Wednesday, 14 December 2016

Puspasari dalam episod Warong berdarah

..selalunya asyik hero sahaja. Kali ini heroin pula. Errr bukan dadah ya. Heroin , awek cun pula jadi watak utama..
     Puspasari seorang gadis yg mempunyai kemahiran dalam seni beladiri. Merantau dari desa ke desa menegakkan keadilan dan membasmi kejahatan. Lukisan yg bagus dengan plot cerita yg menarik. Sedikit keunikkan pada logo mediaseni , dimana wajah puspasari yg cun menjadi logo mediaseni utk komiknya yg kali ni. Ala ala komik marvel atau DC comics omputih tu ler.
Komik ini dah lama dalam simpanan teman, semenjak teman di sekolah rendah lagi...mujur ia terselamat. Ya lah..komik komik media seni mana nak cari dah zaman sekarang. Kalau ada pun semua dalam simpanan kolektor tegar. Lagi pun penerbitan mediaseni dah lama tiada...berakhir sekitar 1987..dalam suasana yg pilu dan meyedihkan. Kurangnya sambutan pada ketika itu ditambah tekanan dr segi kos penerbitan dan perundangan akta percetakan.
       Kalau dapat, kira dah bertuah zaman hari ini. Ok jom review cover komik ini dan sedikit infonya :

Penerbitan : MediaSeni
Karya : Yamin Daud
Lukisan cover : khuzae
Tahun terbitan : 1983

Monday, 21 November 2016

Orang Orang Liar Dari Pulau Penantian

..sambung lagi yop...moh teman kongsi lagi koleksi komik klasik malaysia teman..., seterusnya antara karya komik klasik yang paling lama yang teman ada...haaa yang syoknya, Pak GopA kita ada membuat sedikit catatan di pengakhiran komiknya...ya catatan tahun ia dilahirkan...iaitu 1981..kondisi cun, disebabkan semasa kecil dahulu teman tak berapa suka genre komik begini, almaklum sahaja lah...zaman kanak kanak asyik suka watak superhero dari Barat sahaja. Bila dah dewasa baru teman suka genre sebegini...jadi kalau ikut gayanya lah...kumpulan sasaran komik GoPa yg genre begini bukanlah pembaca kanak kanak...sebaliknya pembaca dewasa...ntah ngape lerrr ayah teman belikan teman komik genre sebegini masa teman kecil dahulu..adakah kerana sebenarnya ayah teman yang membaca ker atau dia tak sedor teman masih kanak kanak riang Ribena lagi...kih3x, jommm review cover komik dan sedikit surat beranak nya:

Terbitan : MediaSeni
Tajuk : Orang orang Liar dari Pulau Penantian
Hasil karya : GoPA - Ghaffar Bahari @ Adifarwan
Tahun terbitan : 1981
Harga masa tu : 60c ( ahaa..senang nak kenalpasti komik ni lama atau tidak...kalau 70c baru skitt aa, kalau 60c dah lama yoppp...lagi lama 50c dan 30c pun ada. Tapi kalau lama sangat era 70an...yg rege 30c dan 50c tu...aiseehhhhhmaaf cakap ler...kualiti lukisan buruk sangat baiii, mungkin masa tu baru nak uppp...contoh zaman terbitan DayaCipta iaitu abang kepada Media Seni...kualiti lukisan agak kurenggg lerrr, bermula era Media Seni yang baru cun...KeBaBoOM hasil lukisannya)
Gred komik : AA

Thursday, 17 November 2016

Koleksi komik yang seterusnya:
Satu lagi naskah hasil karya Mr Pot..kali ni dalam genre komedi. Kondisi komik ini sangat 'neat' ..elok, walau usianya telah berpuluh tahun. Mesej yg dibawa ala ala jalan cerita Tarzan lah..cuma versi Malaysia dipanggil Tarjan..dan semestinya lebih hebat dari Tarzan sebenar..kih3x. Errr ada ker Tarzan sebenar tu?..ha3x.
Terbitan : MediaSeni
Hasil Karya : Pot Jr
Cover : Yamin Daud
Gred plot cerita : A
Gred kondisi komik : AAA

Tuesday, 15 November 2016

Secebis coretan di pagi Rabu...
           Ada orang bertanya kepada saya. , mengapa komik klasik Malaysia diminati dan mengapa harganya semakin mahal berbanding komik komik lain yg terdapat di Malaysia?..malah ia lebih mahal dari komik aksi kungfu dari Hong kong yg dimulai oleh pelukis lagenda mereka iaitu Tony Wong?
            Jawapannya begini...pertamanya komik Malaysia adalah hasil seni anak tempatan...malah di tahun 2016 ni harganya lebih mahal, kerana komik ini telah pupus dan tiada lagi penerbitannya. Malahan tidak semua orang sezaman saya yg bernasib baik dapat menyelamatkan kewujudan komik klasik Malaysia ini. Ada yg telah reput ditelan zaman, dimakan anai anai. Basah dan musnah akibat banjir, hilang entah ke mana, atau telah dibakar oleh arwah ibu dan bapa di kampong serta sebagainya. Itulah sebab utamanya komik klasik Malaysia semakin berharga. Satu lagi faktor utama ialah pada pendapat peribadi saya, komik klasik Malaysia ini dihasilkan dengan begitu cantik sekali..muka hadapan atau kita panggil cover nya setaraf dengan lukisan yg menghiasi dinding pameran lukisan. ...tambahan pula ia dihasilkan lukisannya dizaman tiada lagi penggunaan komputer di Malaysia , ertinya ia sebuah lukisan tangan yg hebat dan penuh berbakat. sebuah lukisan hakcipta terpelihara sepatutnya.
              Sebaliknya komik manhua ( hong kong) yang terdahulu saya dilukis tangan...yang terkini nampaknya seperti dilukis menggunakan perisian komputer yg tertentu. Macam filem Star Wars Hollywood lah...filemnya yang terdahulu era awal 80an dihasilkan menggunakan teknik fotografi konvensional, berbeza starwars zaman mutakhir...semuanya hasil teknologi komputer. Teknik penghasilan komputer mmg hebat dan terkini...tapi ia tiada aura...tiada jiwanya...ia kosong, hanya kebijaksanaan teknologi semata mata.
             Selain itu, saya rasa nak ketawa pun ya, bila ada sesetengah golongan generasi baharu yg tercengang cengang bila melihat komik klasik Malaysia...., dan ramai juga tak pernah melihatnya. Aapatah lagi bagi mereka yang lahir di era akhir 90an sehingga 2000an...banyak tak tahu.
komik klasik...siri Santara Perkasa oleh Nik Hashim Nmy

Selain siri komuk klasik Jati Tunggal oleh Marzuki , tidak lupa juga siri komik ala ala Conan ialah Santara Perkasa.
              Secara jujurnya saya lebih dahulu membaca dan mengenali siri komik Santara Perkasa terlebih dahulu sebelum siri komik Jati Tunggal. Plot cerita hampir sama, berkisah seorang pemuda gagah bertubuh katang...ala ala filem inggeris Conan lakonan Arnol Schewzenegger...atau masa dulu kami panggil arnold susah nak eja...ha3x.
              Apakah perbezaan komik bersiri Santara Perkasa dengan Jati Tunggal?...yep, walaupun cerita hampir sama...ada sedikit perbezaan..pertama satu hasil karya nik hashim nmy dan satu lagi karya marzuki. keduanya, Santara perkasa lebih conan nya...sebab hero nya tak pakai baju...pakai seluar aja..macam dalam filem conan...yg nak menampilkan susuk tubuh yang katang. Manakala Jati diri heronya pakai baju...tapi bajunya mesti corak polca dot...kih3x.
              ...dan seperkara yg lebih nyata ialah hasil karya lukisan nik hashim nmy lukisan isinya lebih bersaiz besar...berbanding lukisan marzuki yg saiz lukisan isinya lebih kecil. Apa pun, kedua dua mereka mempunyai kelebihan masing masing..dan yg pasti kedua duanya komik yang klasik dan 'lagend'.


Pengabdi Syaitan, Komik klasik Mediaseni
Genre Seram

Sebenarnya review komik ini telah pernah saya up post beberapa tahun lalu, berserta ulasan sinopsis yg dah tak sinopsis...dan macam cerpen. Tetapi telah pun saya terpadam atas beberapa alasan teknikal dan kesilapan saya sendiri. Jadi nak memulakan sinopsis nya semula dah rasa malas lah pula. Jadi kita review cover komik ini sahaja lah. Apa yg dapat diperkatakan komik ini memang bergenre seram..plot ceritanya sungguh mantap dan serius , tiada langung kelompangan utk diselit komedi atau jenaka. Mesej nya cukup bagus dan berat. Mesejnya berkait rapat dengan kesedaran kita sebagai umat Islam tentang bahaya godaan Syaitan ke atas anak anak adam. Malah plot cerita komik ini bukan lah ceirta rekaan seram yg diimaginasi, sebaliknya plot cerita diadaptasi dan diolah dalam bentuk komik berdasarkan sebuah kisah seorang abid yg beribat secara menyendiri sejak sekian lama dan memencil diri dari kehidupan bersama manusia lain, akhirnya digoda syaitan sehingga sesat. Ia adalah berdasrkan sebuah kisah benar yg penuh pengajaran. Diolah oleh seorang pelukis komik era 80an kesukaan ramai iaitu Pot Jr,.........jom tengok cover nya dibawah...

Wak Dojer MediaSeni, oleh Hussain Saad

Selain dari komik komik aksi dan seram. Komik klasik Malaysia era 70an dan awal 80an juga menampilkan kisah yang lebih matang dan realistik. Contohnya komik yang bertajuk Wak Dojer. Haaaa...genre tiada aksi dan tak ada seram yang tak sepatutnya. Hanyalah sebuah kisah kemasyarakatan yang diberi sentuhan secara bijaksana dan sedikit komedi. Hasil karya allahyarham Husin saad...cukup sarat dengan mesej yang baik dan matang disamping komedi yang tidak keterlaluan. Kiranya masa kecil dahulu saya tak minat laaaa,...genre yg dibawa oleh komik wak dojer ni...rupanya bila dah dewasa dan semaikin berusia baru sedar ia sebuah komik yang bijaksana.
                     Tidak hairan lah jika kalau tidak silap saya lah allahyarham husain saad adalah seorang yang berwibawa dan memilki Phd. Ahhhh...tapi tak bermakna komik genre lain saya katakan komik tak berkualiti pula, sebab pada saya komik komik begini sewatu diawal zamannya dahulu semuanya dipandang rendah...kata orang sekeliling dijual di kedai kedai runcit dan kedai mamak sahaja...komik picisan lah kata mereka.., namun takdir Allah segalanya...di zaman kini...komik yang dianggap picisan itu bukan sembarangan, ia adalah sebuah hasil karya yg dinggap intelek, cerdik, berkualiti dan indah....yaaa hari ini komik komik ini adalah sebuah hasil karya yang dianggap sebuah Lagenda...pemiliknya rata rata pada hari ini adalah kolektor kolektor yg memiliki kerjaya yg di kategorikan orang pandai pandai...ya pemiliknya ada Doktor, Pegawai pegawai , Bisnesman dan Guru sekolah ....guru sekolah tu saya lah tu...kih3x, hirarki kerjaya yg paling rendah diantara kerjaya kerjaya yg hebat hebat belaka tu...
                       Ok..jom review cover komik wak dojer...tinggal 2 naskah aja pun...dulu ada 5 naskah...gatallll gi jual...nak dapat duit katakan...tinggal lah bakinya hanya 2 jer lagi...


Pawang Sakti, oleh Saari a.m

Terbitan: MediaSeni
Karya : Saari a.m
Cover : Khuzae
Gred : AAA


Antara komik klasik Malaysia yang saya sayangi...kerana mempunyai lukisan yang cukup kemas dan berkualiti. Lukisan isinya dilukis teliti walaupun bewarna hitam putih. Tapi disebabkan kedangkalan saya semasa kecil,...baju hero telah saya warnakan merah setelah dihasut abang saudara saya semasa dahulu, katanya nanti nampak cantik...walhal lebih original lebih berkualiti...abang saudara pun dah berumur 55 tahun tahun ni.
Seperti yang pernah saya ungkapkan sebelum ini dalam post yang terdahulu...lukisan cover semestinya sentuhan khuzae adalah yang paling mantap. Manakala lukisan isinya ialah Saari a.m pula tidak kurang hebatnya. tidak keterlaluan pada saya lukisan isi komik klasik yang paling mantap ialah hasil sentuhan Saari a.m dan kemudian diikuti oleh pelukis pelukis lain. haaaa,,, jgn kecam saya. Itu pandangan dan penilaian peribadi saya....ulang sekali lagi lukisan isi paling mantap ada dua pelukisnya iaitu Saari a.m dan Pot Jr....lukisan mereka pelukis lain tak boleh lawan punya...The Best Of The Best
                 Kisah Pawang Sakti mempunyai plot cerita yang cantik kemas. walaupun bermuka surat hanya 23 helaian sahaja. Kisah penuh pertarungan dan seram...dan lukisan yg hebat. Malas pula nak tulis sinopsinya...cukup ajer ler teman katakan mantap...5 stars..kih3x

Monday, 14 November 2016

 Pendekar Tangan Maut, oleh Saari a.m

Komik klasik seterusnya ialah komik yg juga bergenre pertarungan. Kali ini ia pertarungan yg lebih kepada gaya asia. Kependekaran alam Melayu..tapi sedikit dipengaruhi oleh senibeladiri Ninja.
lukisan covernya, maaf cakap mmg tak menarik pada saya....dapat dibeli dari kawan. asalnya kali pertama lihat nak dijual semula, tapi bila komik sudah ditangan...wahhh bak kata orang Inggeris.." dont judge the book, by it cover"...ia ternyata pepatah yang benar.
komik ini lukisan isinya dan plot ceritanya memang mantap...kita bagi gred triple A...namun begitu seperti yg dijelaskan di atas covernya mmg tak lawa...lukisan cover kurang hidup. ini disebabkan gaya penghasilan komik terbitan Media seni...pelukis cover dan pelukis isi dan plot cerita seringkali adalah orang yg berlainan...errrr, mengapa ya?..mungkin otai otai komik tahu sebab dan strateginya..

Terbitan : MediaSeni
Hasil karya: Saari
lukisan cover:  Rosli Hamid

Jati Tunggal dan siri sirinya...oleh Marzuki

Komik klasik yg mempunyai banyak siri.Berbekalkan watak heronya yg bernama Jati Tunggal. Komik ala ala komik Conan the Barbarian. Secara peribadi saya tidak beberapa minat komik Jati Tunggal ni...namun begitu hasil dapatan saya di facebook ada yang meminatinya atas alasan ia komik yg penuh aksi pertarungan. Namun begitu secara peribadi mengapa saya kurang berminat ialah kerana ia merupakan komik saduran, iaitu ia sangat mirip dicedok ideanya daripada kisah Pahlawan Barbar iaitu Conan, walaupun filem Conan sangat saya sukai menontonnya semasa zaman bersekolah suatu masa dahulu.
Ok jom review cover komik Jati Tunggal yg ada dalam simpanan saya. Asalnya ada 3 naskah, tapi satu telahpun dijual...ha3x nasib saya tidak menjual kesemuanya. walaupun tak minat sangat, tapi dek kerana value nya ada...maka ia disimpan. Nak beli dari saya?...mahal, sanggupkah?
Terbitan : MediaSeni
Hasil Karya : Marzuki
lukisan cover : Rosli Hamid



Sunday, 13 November 2016

Riwayat Hidup Hantu Kampung - Kes Hantu Terror , oleh Pot Jr

orait...malam ni nak belanja komik klasik hasil karya pelukis lagend dan antara feveret teman ialah Pot Jr. , ada juga deme gelorkan Pot Seram. Ini disebabkan beliau suka menghasilkan karya bengenre seram gilaaaaa atau seram kelakor....errrr komedi laaa. jom review salah satu naskahnya yg hebat, asyik komik genre serius aja...moh kita review cover komik komedi seram pula...manyak syioookkk wooOO..
..dah lusuh komik ni. dan dah disimpan berpuluh tahun. lusuh sebab gemor (suka ) sangat membacanya sebab kelakor campur seram sejuk...kih3x
penerbit - Mediaseni
tahun terbitan - 1982
karya : Mr Pot Jr
gred : AA


Friday, 11 November 2016

Fuh...dah lama benar tak update blog komik ni. Macam macm telah berlaku
Bertahun rasanya...di Fb kebanjiran kolektor kolektor komik bertebaran.
Namun yang paling berharga ialah komik klasik era 70an dan 80an
Harganya tak menentu,,, yg pasti ia semakin mahal...walau dahulu harganya cuma 60sen dan 70sen senaskah. Kini harganya RM50 hingga RM85 senaskah.
Koleksi teman dari jumlah lebih kurang 120 naskah...kini hanya tinggal 40 naskah sahaja. Ada yg telah teman jual atas sebab tertentu. Macam pisang goreng panas...berdesup para kolektor sambar menyambar. 40 naskah yg terakhir adalah naskah komik yg terbaik..atau orang inggeris cakap...the best of the best...kebaBOOM..kih3x,
Bagaimana penilaian kebaBOOM itu?,...yessszzza, penilaian yg teman memandai sendiri letakkan, iaitu:
1. Cover komik..mesti yg cun punya laaa..lukisan siapa yg mantap?...meh teman kabor
A. Khuzae
B. Mansoor ibrahim
C. Saari a.m
D. Pot Jr 
E. Rosli Hamid
F. Ghaffar Bahari@Adifarwan
G. Nik Hashim nmy
H. Marzuki
I. Husin saad
......dan ramai lagi laaa..tu yg diatas yg top 10 la tu..kih3x

2. Lukisan isinya.

3. Plot cerita yg menarik
....sama ada genre pertarungan, seram, komedi, kemasyarakatan..atau yg merapu pun ada...
Yang pasti....genre seram dan pertarungan jadi pilihan teman...yg lain layan lah juga. Tak suka kita jual...teman dpt duit, kome pun merasa membaca dan memiliki komik lama yg super rare ni....dah tahap lagenda tau tak!...jgn tak tahu...kih3x.

Ok stop. Esok esok teman up load koleksi teman yg super duper rare tu...tak jual...belanja mate kome aja ler..., nak beli j