Wak Dojer MediaSeni, oleh Hussain Saad
Selain dari komik komik aksi dan seram. Komik klasik Malaysia era 70an dan awal 80an juga menampilkan kisah yang lebih matang dan realistik. Contohnya komik yang bertajuk Wak Dojer. Haaaa...genre tiada aksi dan tak ada seram yang tak sepatutnya. Hanyalah sebuah kisah kemasyarakatan yang diberi sentuhan secara bijaksana dan sedikit komedi. Hasil karya allahyarham Husin saad...cukup sarat dengan mesej yang baik dan matang disamping komedi yang tidak keterlaluan. Kiranya masa kecil dahulu saya tak minat laaaa,...genre yg dibawa oleh komik wak dojer ni...rupanya bila dah dewasa dan semaikin berusia baru sedar ia sebuah komik yang bijaksana.
Tidak hairan lah jika kalau tidak silap saya lah allahyarham husain saad adalah seorang yang berwibawa dan memilki Phd. Ahhhh...tapi tak bermakna komik genre lain saya katakan komik tak berkualiti pula, sebab pada saya komik komik begini sewatu diawal zamannya dahulu semuanya dipandang rendah...kata orang sekeliling dijual di kedai kedai runcit dan kedai mamak sahaja...komik picisan lah kata mereka.., namun takdir Allah segalanya...di zaman kini...komik yang dianggap picisan itu bukan sembarangan, ia adalah sebuah hasil karya yg dinggap intelek, cerdik, berkualiti dan indah....yaaa hari ini komik komik ini adalah sebuah hasil karya yang dianggap sebuah Lagenda...pemiliknya rata rata pada hari ini adalah kolektor kolektor yg memiliki kerjaya yg di kategorikan orang pandai pandai...ya pemiliknya ada Doktor, Pegawai pegawai , Bisnesman dan Guru sekolah ....guru sekolah tu saya lah tu...kih3x, hirarki kerjaya yg paling rendah diantara kerjaya kerjaya yg hebat hebat belaka tu...
Ok..jom review cover komik wak dojer...tinggal 2 naskah aja pun...dulu ada 5 naskah...gatallll gi jual...nak dapat duit katakan...tinggal lah bakinya hanya 2 jer lagi...
No comments:
Post a Comment