Tuesday 15 November 2016

komik klasik...siri Santara Perkasa oleh Nik Hashim Nmy

Selain siri komuk klasik Jati Tunggal oleh Marzuki , tidak lupa juga siri komik ala ala Conan ialah Santara Perkasa.
              Secara jujurnya saya lebih dahulu membaca dan mengenali siri komik Santara Perkasa terlebih dahulu sebelum siri komik Jati Tunggal. Plot cerita hampir sama, berkisah seorang pemuda gagah bertubuh katang...ala ala filem inggeris Conan lakonan Arnol Schewzenegger...atau masa dulu kami panggil arnold susah nak eja...ha3x.
              Apakah perbezaan komik bersiri Santara Perkasa dengan Jati Tunggal?...yep, walaupun cerita hampir sama...ada sedikit perbezaan..pertama satu hasil karya nik hashim nmy dan satu lagi karya marzuki. keduanya, Santara perkasa lebih conan nya...sebab hero nya tak pakai baju...pakai seluar aja..macam dalam filem conan...yg nak menampilkan susuk tubuh yang katang. Manakala Jati diri heronya pakai baju...tapi bajunya mesti corak polca dot...kih3x.
              ...dan seperkara yg lebih nyata ialah hasil karya lukisan nik hashim nmy lukisan isinya lebih bersaiz besar...berbanding lukisan marzuki yg saiz lukisan isinya lebih kecil. Apa pun, kedua dua mereka mempunyai kelebihan masing masing..dan yg pasti kedua duanya komik yang klasik dan 'lagend'.


No comments:

Post a Comment