Tuesday 15 November 2016

Secebis coretan di pagi Rabu...
           Ada orang bertanya kepada saya. , mengapa komik klasik Malaysia diminati dan mengapa harganya semakin mahal berbanding komik komik lain yg terdapat di Malaysia?..malah ia lebih mahal dari komik aksi kungfu dari Hong kong yg dimulai oleh pelukis lagenda mereka iaitu Tony Wong?
            Jawapannya begini...pertamanya komik Malaysia adalah hasil seni anak tempatan...malah di tahun 2016 ni harganya lebih mahal, kerana komik ini telah pupus dan tiada lagi penerbitannya. Malahan tidak semua orang sezaman saya yg bernasib baik dapat menyelamatkan kewujudan komik klasik Malaysia ini. Ada yg telah reput ditelan zaman, dimakan anai anai. Basah dan musnah akibat banjir, hilang entah ke mana, atau telah dibakar oleh arwah ibu dan bapa di kampong serta sebagainya. Itulah sebab utamanya komik klasik Malaysia semakin berharga. Satu lagi faktor utama ialah pada pendapat peribadi saya, komik klasik Malaysia ini dihasilkan dengan begitu cantik sekali..muka hadapan atau kita panggil cover nya setaraf dengan lukisan yg menghiasi dinding pameran lukisan. ...tambahan pula ia dihasilkan lukisannya dizaman tiada lagi penggunaan komputer di Malaysia , ertinya ia sebuah lukisan tangan yg hebat dan penuh berbakat. sebuah lukisan hakcipta terpelihara sepatutnya.
              Sebaliknya komik manhua ( hong kong) yang terdahulu saya dilukis tangan...yang terkini nampaknya seperti dilukis menggunakan perisian komputer yg tertentu. Macam filem Star Wars Hollywood lah...filemnya yang terdahulu era awal 80an dihasilkan menggunakan teknik fotografi konvensional, berbeza starwars zaman mutakhir...semuanya hasil teknologi komputer. Teknik penghasilan komputer mmg hebat dan terkini...tapi ia tiada aura...tiada jiwanya...ia kosong, hanya kebijaksanaan teknologi semata mata.
             Selain itu, saya rasa nak ketawa pun ya, bila ada sesetengah golongan generasi baharu yg tercengang cengang bila melihat komik klasik Malaysia...., dan ramai juga tak pernah melihatnya. Aapatah lagi bagi mereka yang lahir di era akhir 90an sehingga 2000an...banyak tak tahu.

4 comments:

  1. Ade jual lg ke komik2 klasik ni tuan?

    ReplyDelete
  2. Ade jual lg ke komik2 klasik ni tuan?

    ReplyDelete
  3. Ada lagi kah penyimpan komik lama ni? Kalau baca komik tiada cahaya dari skrin elekronik meringankan risiko pedih mata.

    ReplyDelete
  4. Buat salinan yang mencukupi untuk dijual kepada penggemarnya.

    ReplyDelete