Tuesday 15 November 2016

Pengabdi Syaitan, Komik klasik Mediaseni
Genre Seram

Sebenarnya review komik ini telah pernah saya up post beberapa tahun lalu, berserta ulasan sinopsis yg dah tak sinopsis...dan macam cerpen. Tetapi telah pun saya terpadam atas beberapa alasan teknikal dan kesilapan saya sendiri. Jadi nak memulakan sinopsis nya semula dah rasa malas lah pula. Jadi kita review cover komik ini sahaja lah. Apa yg dapat diperkatakan komik ini memang bergenre seram..plot ceritanya sungguh mantap dan serius , tiada langung kelompangan utk diselit komedi atau jenaka. Mesej nya cukup bagus dan berat. Mesejnya berkait rapat dengan kesedaran kita sebagai umat Islam tentang bahaya godaan Syaitan ke atas anak anak adam. Malah plot cerita komik ini bukan lah ceirta rekaan seram yg diimaginasi, sebaliknya plot cerita diadaptasi dan diolah dalam bentuk komik berdasarkan sebuah kisah seorang abid yg beribat secara menyendiri sejak sekian lama dan memencil diri dari kehidupan bersama manusia lain, akhirnya digoda syaitan sehingga sesat. Ia adalah berdasrkan sebuah kisah benar yg penuh pengajaran. Diolah oleh seorang pelukis komik era 80an kesukaan ramai iaitu Pot Jr,.........jom tengok cover nya dibawah...

No comments:

Post a Comment